Friday, January 18, 2019

MAJLIS PENUTUPAN RASMI PROGRAM TRANSISI 2019

Tarikh: 18hb Januari 2019
Tempat: Ruang Legar SK Kg Gayu.

Program Transisi Tahun 1 kelas 2019 telah dilaksanakan dengan jayanya. Berkat dari kerjasmaa dan komitmen semua yang terlibat, Guru Besar Sk Kg Gayu, En. Jatan Siret, mengucapkan tahniah kepada semua atas komitmen dan sokongan yang diberikan termasuk ibubapa. Pada majils berkenaan juga perlantikan Ketua kelas dan Penolong Ketua Kelas telah dilantik. Pengisian aturcara dimasukkan juga persembahan bercerita dan nyanyian dari tahun 1.








Monday, January 7, 2019

Barisan Pengawas SK Kg Gayu Tahun 2019

Tarikh : 7hb Januari 2019

Majlis Perlantikan Pengawas SK Kg gayu untuk tahun 2019 telah dilaksanakan pada perhimpunan pertama sekolah. Dalam amanat majlis tersebut, Guru Besar menaruh harapan tinggi pada barisan Pengawas pada tahun ini dalam menjalankan amanah dan menjaga nama baik pengawas sepanjang tahun ini. Beliau juga menerangkan bahawa perlantikan Pengawas berdasarkan disiplin diri dan pemerhatian oleh guru disepanjang tahun 2018.

Saturday, January 5, 2019

Majlis Makan Malam Penghargaan Sk Kg Gayu

Tarikh: 4hb Januari 2019
Tempat: Restoran Banquet, Bt 3, Kuching

Majlis Makan Malam Penghargaan SK Kg Gayu, diadakan sempena menghargai komitmen warga sekolah sepanjang tahun 2018. Tetamu kehormat yang dijemput ialah Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah(LPS)  dan AJK serta AJK tertinggi PIBG. Pada majlis tersebut, Pengerusi LPS, telah berkongsi sejarah serba ringkas sekolah dan menyatakan umur sekolah tersebut pada tahun ini ialah 60 tahun sejak ianya ditubuhkan pada tahu 1959, dan beliau adalah merupakan kumpulan murid pertama yang bersekolah. 

Ucapan penghargaan oleh Yang Berusaha Guru Besar, En Jatan Siret

Pengerusi LPS berkongsi sejarah Sk Kg Gayu




Penghargaan kepada Pengerusi LPS

Penghargaan kepada YDP PIBG