Saturday, November 3, 2018

Pertandingan Kuiz Matapelajaran

Program: Pertandingan Kuiz Matapelajaran Antara Rumah Sukan
Tarikh:  25hb Oktober 2018 



Pertandingan kuiz matapelajaran antar rumah sukan, merupakan acara tahunan sekolah. Pada kali ini pertandingan adalah untuk matapelajaran BM dan BI sahaja, dan untuk Matematik dan sains akan dijalankan masa laian memandangkan kekangan masa.
Pertandingan ini hanya terbuka kepada tahap 2 sahaja dan format pertandingan adalah mengikut tahun.
Pada ucapan penangguhan. Cikgu John Nubun (Penolong Kanan Pentadbiran) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Panitia yang berjaya meganjurkan pertandingan berkenaan dan berharap ini dapat dijadikan satu budaya pada tahun yang mendatang. Beliau juga menjelaskan kepada murid bahawa kuiz matapelajaran juga salah satu cara belajar selain didalam kelas. Tahniah diucapakan kepada Rumah Biru kerana menjuarai pertandingan kuiz pada kali ini. 









Kakitangan SK Kg Gayu sebagai AJK Makanan Kem Pengakap Daerah

Program: Perkhemahan JOTA Daerah Padawan
Tarikh: 19hb-21hb Oktober 2018

Perkhemahan yang julung kali diadakan di SK Kg Gayu dan penyertaan pertama Daerah Padawan dalam program JOTA telah memilih sekolah berkenaan sebagai tapak perkhemahan. 
Guru Besar, En. Jatan Siret menyatakan bahawa beliau amat berbesar hati apabila ditawarkan untuk menjadi tapak perkhemahan pada kali ini, dan memohon kerjasama semua kakitangan SK Kg Gayu supaya terlibat sama. 
Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amatlah mengagumkan dan berhak mendapat pujian dari semua pihak. Penyediaan makanan seawal petang Jumaat hingga tengahari hari Sabtu, berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah timbul semasa tempoh penyediaan makanan. 
Guru Besar juga menyatakan bahawa program yang sedemikian akan dibawa semula ke SK Kg Gayu dan pihak sekolah akan membuat yang terbaik untuk membantu menjayakan sebarang bentuk program seperti perkhemahan tersebut.
Cikgu Remy dan pembantunya


Our Chief Cook, Mdm. Mary



Pn. Jennifer 'On duty"




Sambutan Hari Sukan Negara (Peringkat SK Kg Gayu)

Program: Hari Sukan Negara
Tarikh: 19hb Oktober 2018
Tempat: Dewan Terbuka SK Kg Gayu
Aktiviti: Senamrobik
Jurulatih: Ahmad Basri & Jolene





Aktiviti Pengakap Kumpulan 07 Padawan (SK Kg Gayu)

Program        : Perkhemahan Pengakap Daerah Padawan sempena 61st World Scouts                                 JOTA
Tarikh            : 19hb -21hb Oktober 2018
Tempat         : SK Kg Gayu, Padawan
Penyertaan  : 26 ahli Pengakap











Taman Batu SK Kg Gayu




Lawatan Murid Tahun 6 dan Pengawas 2018

Tarikh : 14hb Oktober 2018

Tempat Lawatan : Pameran Petrosains, Planetarium, Jong Crocodile Farm

Rombongan lawatan mula bergerak seawal Jam0700 dari sekolah dan bersarapan di Kota Padawan.  Rombongan yang terdiri daripada 15 orang guru dan 25 orang murid tahun 6 dan pengawas sekolah.
Lawatan berakhir pada Jam1700, apabila semua murid telah dipastikan selamat sampai di rumah masing-masing.
















Friday, October 5, 2018

CERAMAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEBAKARAN


TARIKH             : 12hb Oktober 2018
PENCERAMAH : Pegawai Bomba Dan Penyelamat Malaysia 
                            (Balai Bomba & Penyelamat Siburan)
                            Tn. Micheal & Tn. Stephen

Ceramah Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran ini adalah julung kali diadakan di Sk Kg Gayu. Ceramah yang dihadiri oleh semua kakitangan dan murid SK Kg Gayu menekankan punca kebakaran, cara tindakan semasa kebakaran dan tunjuk cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.
Intipati ceramah oleh Tn. Micheal menerangkan kefahaman individu tersebut bagaimana sesuatu kebakaran tersebut boleh terjadi dan cara untuk mengelakkan kecelakaan sedemikian berlaku. Langkah pencegahan adalah lebih baik dari tindakan memadamkan kebakaran yang mana boleh mengakibatkan kerugian dari segi harta benda dan nyawa.
Tn. Stephen, pula menerangkan punca kebakaran dan cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.
Dalam ucapan penutupan, Guru Besar , En. Jatan Siret mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada pegawai berkenaan kerana dapat memenuhi jemputan sekolah dan berkongsi maklumat  berkenaan kebakaran. Beliau berharap latihan atau ceramah yang seumpama itu akan dapat dijalankan dari tahun ke tahun, supaya kesedaran mengenai bahaya kebakaran dapat disemai di peringkat awal kanak-kanak.
Guru Besar latihan pratikal menggunakan alat pemadam api

Cikgu Wennedy in action
Cikgu Venica mencuba alat pemadam api