Friday, May 24, 2019

SAMBUTAN HARI GURU , PERINGKAT SK KG GAYU

Tarikh: 24hb Mei 2019
Tempat: Dewan SK Kg Gayu

Sambutan Hari Guru pada tahun ini dibuat secara bersederhana sahaja dan meriah apabila diadakan acara memotong kek dari setiap kelas bersama guru kelas masing-masing. Terdahulu dari itu, semasa ucapan Yang Berusaha Guru Besar, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang berusaha menjayakan sambutan kali ini dan beharap semangat dan komitmen yang telah diberikan selama ini akan dapat diteruskan untuk tahun mendatang
















Friday, February 15, 2019

Hari Penetapan Sasaran UPSR 2019

Program:Hari Penetapan Sasaran UPSR 2019
Tarikh:15hb Februari 2019
Tempat: Dewan Terbuka SK Kg Gayu

Guru Besar amat mengalukan kedatangan ibubapa yang dapat meluangkan masa untuk program tersebut. Objektif utama program ini adalah perbincangan pihak sekolah dengan ibubapa dengan lebih rapat bagaimana bersama-sama meningkatkan prestasi akademik anak mereka. Beliau juga menegaskan, peranan ibubapa sangat penting untuk mengatasi kelemahan akademik anak mereka. Untuk para guru yang terlibat, beliau menaruh  harapan tinggi supaya bersama-sama meningkatkan pencapaian pada tahun ini. Program ini diakhiri dengan pertemuan secara bersemuka ibubapa dan guru untuk membincangkan bagaimana boleh meningkatkan peranan mereka di rumah.





Friday, January 18, 2019

MAJLIS PENUTUPAN RASMI PROGRAM TRANSISI 2019

Tarikh: 18hb Januari 2019
Tempat: Ruang Legar SK Kg Gayu.

Program Transisi Tahun 1 kelas 2019 telah dilaksanakan dengan jayanya. Berkat dari kerjasmaa dan komitmen semua yang terlibat, Guru Besar Sk Kg Gayu, En. Jatan Siret, mengucapkan tahniah kepada semua atas komitmen dan sokongan yang diberikan termasuk ibubapa. Pada majils berkenaan juga perlantikan Ketua kelas dan Penolong Ketua Kelas telah dilantik. Pengisian aturcara dimasukkan juga persembahan bercerita dan nyanyian dari tahun 1.








Monday, January 7, 2019

Barisan Pengawas SK Kg Gayu Tahun 2019

Tarikh : 7hb Januari 2019

Majlis Perlantikan Pengawas SK Kg gayu untuk tahun 2019 telah dilaksanakan pada perhimpunan pertama sekolah. Dalam amanat majlis tersebut, Guru Besar menaruh harapan tinggi pada barisan Pengawas pada tahun ini dalam menjalankan amanah dan menjaga nama baik pengawas sepanjang tahun ini. Beliau juga menerangkan bahawa perlantikan Pengawas berdasarkan disiplin diri dan pemerhatian oleh guru disepanjang tahun 2018.

Saturday, January 5, 2019

Majlis Makan Malam Penghargaan Sk Kg Gayu

Tarikh: 4hb Januari 2019
Tempat: Restoran Banquet, Bt 3, Kuching

Majlis Makan Malam Penghargaan SK Kg Gayu, diadakan sempena menghargai komitmen warga sekolah sepanjang tahun 2018. Tetamu kehormat yang dijemput ialah Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah(LPS)  dan AJK serta AJK tertinggi PIBG. Pada majlis tersebut, Pengerusi LPS, telah berkongsi sejarah serba ringkas sekolah dan menyatakan umur sekolah tersebut pada tahun ini ialah 60 tahun sejak ianya ditubuhkan pada tahu 1959, dan beliau adalah merupakan kumpulan murid pertama yang bersekolah. 

Ucapan penghargaan oleh Yang Berusaha Guru Besar, En Jatan Siret

Pengerusi LPS berkongsi sejarah Sk Kg Gayu




Penghargaan kepada Pengerusi LPS

Penghargaan kepada YDP PIBG



Saturday, November 3, 2018

Pertandingan Kuiz Matapelajaran

Program: Pertandingan Kuiz Matapelajaran Antara Rumah Sukan
Tarikh:  25hb Oktober 2018 



Pertandingan kuiz matapelajaran antar rumah sukan, merupakan acara tahunan sekolah. Pada kali ini pertandingan adalah untuk matapelajaran BM dan BI sahaja, dan untuk Matematik dan sains akan dijalankan masa laian memandangkan kekangan masa.
Pertandingan ini hanya terbuka kepada tahap 2 sahaja dan format pertandingan adalah mengikut tahun.
Pada ucapan penangguhan. Cikgu John Nubun (Penolong Kanan Pentadbiran) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Panitia yang berjaya meganjurkan pertandingan berkenaan dan berharap ini dapat dijadikan satu budaya pada tahun yang mendatang. Beliau juga menjelaskan kepada murid bahawa kuiz matapelajaran juga salah satu cara belajar selain didalam kelas. Tahniah diucapakan kepada Rumah Biru kerana menjuarai pertandingan kuiz pada kali ini. 









Kakitangan SK Kg Gayu sebagai AJK Makanan Kem Pengakap Daerah

Program: Perkhemahan JOTA Daerah Padawan
Tarikh: 19hb-21hb Oktober 2018

Perkhemahan yang julung kali diadakan di SK Kg Gayu dan penyertaan pertama Daerah Padawan dalam program JOTA telah memilih sekolah berkenaan sebagai tapak perkhemahan. 
Guru Besar, En. Jatan Siret menyatakan bahawa beliau amat berbesar hati apabila ditawarkan untuk menjadi tapak perkhemahan pada kali ini, dan memohon kerjasama semua kakitangan SK Kg Gayu supaya terlibat sama. 
Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amatlah mengagumkan dan berhak mendapat pujian dari semua pihak. Penyediaan makanan seawal petang Jumaat hingga tengahari hari Sabtu, berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah timbul semasa tempoh penyediaan makanan. 
Guru Besar juga menyatakan bahawa program yang sedemikian akan dibawa semula ke SK Kg Gayu dan pihak sekolah akan membuat yang terbaik untuk membantu menjayakan sebarang bentuk program seperti perkhemahan tersebut.
Cikgu Remy dan pembantunya


Our Chief Cook, Mdm. Mary



Pn. Jennifer 'On duty"